
Sekolah Rendah Kampong Mata-Mata mulai dibina pada tahun 1978 dimukim Gadong, daerah Brunei dan Muara. Pada penghujung bulan November 1979, sekolah ini telah siap dibina. Pada 3 Disember 1979 adalah hari bersejarah bagi sekolah ini kerana sekolah ini telah boleh digunakan untuk menampung hasrat negara sebagai salah satu pusat tempat menuntut ilmu dan menaikkan taraf pendidikan di negara kita. Pada awal tahun 1980, sekolah ini telah mulai beroperasi bagi pertama kalinya. Murid-murid yang belajar di sekolah ini kebanyakkannya terdiri daripada penduduk Kampong Mata-Mata dan sekitarnya. Sekolah ini masih lagi beroperasi sehingga ke hari ini sebagai salah satu institusi pendidikan penjana tunas bangsa Negara Brunei Darussalam di masa akan datang. Maka sekolah ini telah berkhidmat untuk anak bangsa kita selama 28 tahun yang bermula dari tahun 1979.
No comments:
Post a Comment